Saturday, April 16, 2011



Assalamualaikum.

Buat tatapan teman-teman yang dihormati.

Dalam agama kita ISLAM yang kita sayangi, sanjungi, hormati dan kagumi ini, ada mengatakan bahawa ilmu-ilmu yang kita ada jangan disimpan, jangan diperap, jangan disalah gunakan untuk kepentingan kita sahaja. Ianya perlu diberitahu, disampaikan, diajarkan, digunakan dengan bijak untuk sahabat-sahabat kita yang lain supaya kekayaan yang ALLAH berikan pada kita yang sedikit itu boleh membantu pada sesiapa yang memerlukan. Kekayaan itu mungkin bukan berupa wang ringgit tapi mungkin ilmu, pendapat, nasihat atau pengalaman kita.

ISLAM itu mengajar kita untuk menghormati sesama insan dan menyayangi haiwan, membantu sahabat-sahabat yang memerlukan bantuan dan menghulurkan tangan, memberi jika kita berkemampuan. ISLAM juga mengajar kita untuk membantu sahabat-sahabat kita bukan sahaja dengan wang ringgit, tapi dengan tenaga, ilmu, pendapat, kata-kata, dan sebagainya yang mana boleh membantu mereka dengan kemampuan diri kita.

Terutamanya SAYA dan kita semua telah banyak lari dari cara-cara kehidupan sebagai orang yang beragama ISLAM. Mengetepikan banyak perkara yang sepatutnya membantu sesama kita yang mengaku ISLAM. Menolong dari melihat, membantu dari membatukan diri, menasihati dari mengeji dan sebagainya.

Semuga kita semua diberkati ALLAH sentiasa untuk dapat membantu sahabat-sahabat ISLAM kita yang lain dengan ikatan KEISLAMAN kita itu.